DUNIA MELAYU NUSANTARA

DUNIA MELAYU NUSANTARA

Thursday, 1 May 2014

Masyarakat Melayu Cape di Afrika Selatan


Kalau haritu saya dah post entri tentang orang Melayu Madagascar, untuk kali ni saya nak kongsi plak info penempatan orang Melayu di Tanjung Harapan...Korang layan je artikel ni....

Di benua Afrika, satu-satunya negara yang mempunyai ramai penduduk dari etnik Melayu adalah Afrika Selatan. Di negara ini, penduduk Melayu dikenali dengan nama Melayu Cape (disebut ‘kep’, bukannya capek ye...). Melayu Cape di sini hampir menyamai definisi Melayu di negara kita iaitu istilah umum yang merujuk kepada komuniti keturunan pendatang yang datang dari seluruh kepulauan Melayu (tidak terhad dari semenanjung Tanah Melayu semata-mata) dan turut mempunyai percampuran darah dengan para pendatang dari India, Madagascar, Arab dan lain-lain kawasan. Nama ‘Cape’ ini merujuk kepada Cape of the Golden Hope, wilayah di mana masyarakat Melayu yang dibuang negeri dikumpulkan. 

Friday, 18 April 2014

Masyarakat Melayu Madagaskar (Orang Malagasi)

1- Saya berkesempatan untuk membaca sebuah Jurnal lama yang diterbitkan oleh satu pertubuhan cendekiawan British di dalam bidang sains geografi bernama Royal Geographical Society, yang bertajuk Proceedings of Royal Geographical Society Vol. VII untuk sesi tahun 1862-63. Pada muka surat 69, entri bertarikh 9 Feb 1863, terdapat satu laporan berkenaan dengan bentuk muka bumi dan keadaan geografi Pulau keempat terbesar dunia, Pulau Madagaskar.

2- Bahasa pertuturan populasi Madagaskar adalah bahasa Malagasi. Sedikit mengenai bahasa ini, Malagasi seperti mana Hawaiian dan Rapanui tergolong di dalam keluarga bahasa tutur Austronesia yang mana salah satu daripada dua pecahan terbesarnya adalah Malayo-Polynesian. Bagi memudahkan kefahaman, Malagasi ini adalah salah satu dari bahasa tutur yang termasuk di dalam keluarga besar bahasa ibunda kita, bahasa melayu. Rasanya tidak sukar untuk kita memahami harga sesebuah barang yang bernilai folo, roapolo, telopolo, efapolo atau enimpolo. Sepuluh, Dua Puluh, Tiga Puluh, Empat Puluh dan Enam Puluh.

Wednesday, 16 April 2014

Bahasa Siam Kedah adalah berbeza dari Bahasa Thai

Bahasa Siam Kedah merupakan bahasa pertuturan raja-raja Melayu dahulu kala (mungkin lebih seribu tahun) mempunyai nilai sejarah yang sangat tinggi sehingga banyak nama-nama tempat di merata pelusuk nusantara menggunakan bahasa ini. Kalaulah Professor Asmah Haji Omar sanggup tinggal di rumah panjang dengan segala kepayahan selama berbulan-bulan untuk menyiapkan thesisnya tentang bahasa Iban sebagai satu bahasa suku Melayu, diharapkan ada sarjana lain yang dapat melakukan kajian serupa terhadap bahasa Siam di kampung-kampung di utara semenanjung. 

Bahasa Siam yang menjadi bahasa ibunda di kampung-kampung di Kedah seperti Kokdiang, Jitra, Hosba, Changloon, Titi Haji Idris, Tualang, Pokok Sena, Kubur Panjang, Tokai, Gurun dan lain-lain adalah bahasa suku Melayu juga dan banyak mempunyai perkataan yang hampir sama dengan bahasa Melayu seperti ada yang ditulis dalam blog tuan seperti berikut, khrun=gerun, kasut=kasut, jaman=jamban, susah, kayta=kereta dan lain-lain. Saya ingin menambah beberapa perkataan asas kegunaan harian yang hampir-hampir sama seperti (dalam urutan bahasa Kedah/Melayu/Siam) pi/pergi/pai, mai/mari/ma, hang=kamu/kamu=mu/meng, aku/aku/ku, abang/abang/bang, kak/kakak/kak, mak/emak/mak, pak/bapa/pak, tok lebai/tok lebai/tok bai sekadar yang saya ingat sekarang ini.

Monday, 14 April 2014

Mengenali suku Betawi yang terbentuk hasil dari perkahwinan campur


Pakaian tradisional suku Betawi

Asal usul: 

Suku Betawi berasal dari hasil perkahwinan antara etnik dan bangsa di masa lalu. Secara biologi, mereka yang mengaku sebagai orang Betawi adalah keturunan kaum berdarah campuran aneka suku dan bangsa yang didatangkan oleh Belanda ke Batavia. Apa yang disebut dengan orang atau suku Betawi sebenarnya terhitung pendatang baru di Jakarta. Kumpulan etnik ini lahir dari perpaduan pelbagai kumpulan etnik lain yang sudah lebih dulu hidup di Jakarta, seperti orang Sunda, Jawa, Arab, Bali, Sumbawa, Ambon, Melayu dan Cina. 

Saturday, 12 April 2014

Bahasa Melayu Kedah di selatan Myanmar



BARU-BARU ini keluar berita mengenai ramai pendatang-pendatang Myanmar tanpa izin mati di dalam kontena telah dijumpai oleh pihak berkuasa Thailand, di kawasan Ranong. Ranong adalah sebuah bandar pelabuhan bersempadan dengan Selatan Myanmar… Hal ini mengingatkan saya kepada pengalaman melintasi sempadan melalui laut dari Ranong ke Victoria Island sebuah pulau, di hujung bawah selatan dalam negeri Myanmar.

Friday, 11 April 2014

Sejarah Kaum Suluk (Tausug)

Kaum Suluk atau Tausūg berasal daripada Kepulauan Sulu dan Borneo (Sabah) sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini menggunakan bahasa Tausug sebagai bahasa pertuturan. Agama rasmi yang dianuti adalah agama Islam. Kaum Suluk ini juga mempunyai budaya yang unik dan tersendiri. Antara contoh yang popular adalah pakaian tradisionalnya iaitu Kuput (kupot), sablay, samrah dan betawi.


Masyarakat Malaysia kurang mengenali siapa sebenarnya suku kaum Suluk yang terdapat di Sabah itu. Orang Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk melainkan menggelar diri mereka Tausug yang secara 'harfiahnya' membawa maksud "Orang dari Sulu".

Thursday, 10 April 2014

Panglima Awang Hitam : Manusia pertama mengelilingi dunia



Mengapa nama Panglima Awang tidak tercatat dalam sejarah pelayaran dunia ?

Selama ini kita didendangkan dengan lagu dan irama sejarah barat yang kononnya mengiktiraf bahawa Ferdinand Magellan yang berbangsa Portugis, adalah merupakan manusia pertama dalam sejarah berjaya mengelilingi dunia ini dan membuktikan bahawa dunia ini bulat. Peristiwa ini berlaku di abad ke 14 lagi. 
 

Arkib Blog

Tentang saya

Masih menuntut di sebuah institusi pendidikan, meminati bidang sejarah dan sering melakukan research mengenai sejarah yang hilang/disembunyikan

counter widget